Advertise Here

Muslim Herbs Product

- Another Blogger Blog's


Produk ini digunakan untuk mengatasi masalah ‘allergy’ atau alahan terhadap beberapa jenis makanan.
Herba akar Mengkunyit (Coscinumm Blumeanum)yang tumbuh menjalar dan memanjat mengandungi flavanoid bertindak sebagai anti oksidan akan menghilangkan pengeluaran histamin dan alahan serta membantu meningkatkan kadar Vitamin C.
Ia juga akan melindungi kerosakan sel akibat radikal bebas serta menguatkan sendi.
Oleh kerana Coscinium Plus termasuk produk panas, pengguna harus menggunakan dos yang rendah pada peringkat awalan.
Ia boleh disinergikan dengan Bedak Jasmin, Tompok Hitam, Ficus yang mempunyai kaitan dengan alahan.
Kemungkinan akan berlaku sedikit tanda-tanda yakni pengguna akan menjadi lebih serius pada peringkat awal pengunaannya.
Namun teruskan penggunaannya kerana ia bersifat sementara sahaja.
Ini yang dikatakan sebagai ‘Direction Of Cure’ (DOC).
Pengidap alahan adalah dinasihatkan supaya menghindari kawasan debu, makanan seperti udang, sotong, ketam, ayam, belacan, budu dan cencalok.

Cara Penggunaan:
Umur bawah 8 tahun amalkan 1 kapsul.
Boleh dibuka kapsul dan dimasukkan ke dalam air atau susu.
Umur 9 hingga 18 tahun amalkan 2 kapsul malam dan 1 kapsul pagi.
Minum bersama Teh Herba.
Alahan yang kronik boleh diambil bersama Madu Asli.
Untuk buasir diambil bersama Ficus dan sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur.

Kandungan Bahan:
Coscinumm Blumeanum - 80.5mg
Nepenthe Spp - 80.5mg
Rusiga Spp - 80.5mg

Isi Kandungan: 75 'Bovine' Kapsul

Kod Produk: ZH01

Harga:
S.M: RM 33.90
S/S: RM 35.90
Comments: (0)

Harga:
S.M: RM 12.00

S/S: RM 15.00
Comments: (0)

Produk yang dihasilkan daripada kunyit terpilih untuk tujuan kesihatan terutamanya sebagai “pencuci rahim” wanita.
Kunyit memang membersihkan rahim terutamanya peradangan, keputihan, ketumbuhan dan sebarang jangkitan.
Rempang kunyit boleh digunakan bersama Kapsul IMT untuk menjadi ubat fibroid yang berkesan.
Di samping itu, Curcumin juga adalah herba antibiotik alami yang sangat kuat.

Kelebihan Kunyit Dalam Kajian Sungguh Banyak Seperti:
Alzheimer’s disease.
Kanser.
Gangguan hati.
Sakit sendi.
Demam kuning.
Senggugut.
Kencing berdarah.
Buasir.
Penyakit kardiovaskular.
Menurunkan kolesterol dll.

“Kunyit mengandungi 5% essential oil dan 3% curcumin (polyphenol)”

Pengambilan produk untuk bertindak efektif adalah seperti berikut:
Berat badan di bawah 50kg – 2 biji 3 kali sehari (2×3).
Berat badan di antara 50kg – 90 kg – 3 biji 3 kali sehari (3×3).
Berat badan lebih 90 kg / untuk perawatan – 5 biji 3 kali sehari (5×3).

InsyaAllah satu produk lagi yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Kelebihan Curcumin:
Masalah di hati akan kelihatan di mata.
Keracunan hati akan menunjukkan mata putih menjadi semakin kuning.
Ini termasuklah batu hempedu, sirosis, hepatitis dan lain-lain lagi.
Mata putih yang menjadi kuning memberikan petanda awal bahawa perlu mencari ubatan herba yang menghasilkan warna kuning yang kuat seperti kunyit atau karot kuning untuk merawat penyakit-penyakit tersebut.
Kunyit sangat baik untuk melindungi hati dari mengalami kerosakan akibat dari tosid yang masuk ke dalam tubuh, jangkitan kuman dan juga batu hempedu.
Satu lagi kelebihan kunyit ialah untuk katarak. Kunyit mengandungi curcumin yang amat efektif mencegah katarak.
Banyak penyelidikan di universiti membuktikan bahawa curcumin adalah bahan terbaik untuk rawatan ini. (Sumber: Jawiherbshop)

Isi Kandungan: 60 'Bovine' Kapsul

Kod Produk: ZH35

Harga:
S.M: RM 33.90
S/S: RM 35.90

D’Det (dulu dikenali sebagai D’Tork) membawa konsep pembersih atau ‘cleansing’ melalui penghilangan toksid khususnya yang terdapat dalam hati dan memberi kesan tidak langsung terhadap ginjal, nodus, limpa, usus, paru-paru dan darah.
Kami tidak menyatakan bahawa semua penyakit boleh diubati dengan D’Det, tetapi ramai orang yang tampil dengan testimoni (kesaksian) kesembuhan dari penyakit yang mereka deritai setelah mengamalkan D’Det.

D’Det bukan ubat dan bukan makanan kesihatan sembarangan, ia berpotensi menjadi puluhan kali ubat.
Ianya adalah puluhan potensi herba gabungan sinergi pilihan disediakan oleh orang-orang yang benar-benar mengerti ilmu perubatan alamiah.
Setelah 7 hari mengkonsumi D’Det tenaga akan bertambah, ini menandakan sistem imuniti anda semakin aktif berfungsi mempertahankan tubuh badan anda.
Inilah keadaan terbaik dalam membangkitkan daya tahan tubuh.
Oleh sebab itu, D’Det juga dikenal sebagai pembangkit (empowering) daya tahan tubuh yang ampuh.

Kandungan Bahan:
Spirulina.
Vitex Eliptica.
Morinda Eliptica.
Andro graphis Paniculata.
Tinospora Paniculata.
Hidrocotyle Asiatica.

Cara Penggunaan:
Pengambilan bergantung kepada berat badan.
Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari.
Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari.
Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti askit gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Panduan/Petua/Artikel/ Berkaitan D’Det  Tulisan Tn. Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA
Lebih kuat dari TEH HERBA 7 kali ganda.
Bersifat detoxifikasi.
Menguatkan fungsi hati.
Pelawas.
Mengandungi bahan pelindung hati.
Perawatan demam kuning.
Perawatan jangkitan kuman hepatitis.
Bersifat membersihkan darah 9.
Menguatkan otot dan sendi.
Menguatkan aliran darah ke organ.

Isi Kandungan: 60 'Bovine' Kapsul

Kod Produk: KD01

Harga:
S.M: RM 55.00
S/S: RM 57.00

D’Deu (dulu dikenali sebagai D’Heat). Tubuh mempunyai kemampuan tersendiri dalam mengawal suhu badan.
Namun apabila mekanisma tubuh rosak, maka tubuh akan mengalami suhu di paras yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Ini akan mengakibatkan berlakunya gangguan kepada sistem saraf dan hormon yang tidak stabil.
Tanda-tandanya ialah muka dan lidah seseorang itu menjadi pucat akibat meningkatnya suhu.
Ini akan berlaku gangguan emosi seseorang.
Roselle Hibiscus Sabdariffa mempunyai lebih 20 kali ganda Vitamin C yang terdapat dalam limau.
Ia disinergikan dengan herba pilihan yang mempunyai kesan diuretik (memperbanyakkan pengeluaran air kencing) dan antipiretik (membuang kepanasan).
Apabila mengamalkan D’Deu dalam tempoh waktu 10 minit, akan berlaku dimana seseorang itu akan terasa hendak membuang air kecil.
Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang larut dalam air.
Vitamin C yang berlebihan akan dikeluarkan melalui urin.

Kekurangan Vitamin C seseorang adalah disebabkan oleh apa yang dikatakan ‘mal absorbtion’ di mana proses serapan tidak dapat dilakukan.
Ini adalah disebabkan Vitamin C tidak boleh diserap tanpa adanya mineral.
D’Deu diperkuatkan dengan mineral organik yang telah dicernakan dalam sistem pencerrnaan tumbuhan.
Ini bererti Vitamin C akan diserap keseluruhannya apabila mengamalkan D’Deu akan dapat dirasakan dalam tempoh waktu 7 hari.
Pengguna akan merasakan tubuhnya kembali bertenaga.

Cara Pengunaan:
Pengambilan bergantung kepada berat badan.
Untuk berat badan dibawah 40 kg (1-2 kapsul) sehari.
Untuk berat badan 40 kg ke atas (2-4 kapsul) sehari.
Amalkan sebelum makan (perut kosong), jika menghadapi masalah perut seperti gastrik, ulser, dan lain-lain, maka ambillah sesudah makan.

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Sos HPA Tulisan Tn, Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Lebih kuat dari MALAC 7 kali ganda.
Bersifat diuretik.
Menguatkan sistem urinari.
Pelawas kencing yang baik.
Mengandungi kelebihan anti peradangan.
Bersifat antasid alami.
Perawatan tongsilitis.
Perawatan batu karang.
Perawatan gout dan sakit sendi.
Perawatan demam panas.

Kandungan Bahan:
Tetra Indica - 50mg
Bamboo - 50mg
Imperata Cylindrica - 50mg
Ficus Callircarpa - 50mg
Ipomea Reptans - 50mg
Roselle Hibiscus Sabdariffa - 50mg

Isi Kandungan: 60 'Bovine' Kapsul

Kod Produk: KD03

Harga:
S.M: RM 55.00
S/S: RM 57.00


Ketidakseimbangan angin dan suhu di dalam badan adalah faktor kedua punca utama penyebab penyakit.
Keadaan ini khusus disebabkan oleh sistem pencernaan yang mengalami gangguan dan kerosakan.
Pembedahan di bahagian perut dan masalah enzim serta kondisi yang tersumbat adalah penyumbang kepada mengapa berlakunya keadaan sedemikian.
Cinamomum Iners atau Teja Lawang yang mengandungi minyak meruap adalah herba yang amat mujarab untuk terapi ini.

D’Karm juga diperkuatkan dengan Psyllium, sejenis herba yang mengembang seperti jeli dapat membantu dalam proses pencernaan dalam usus bertindak sebagai ‘colon cleansing’ atau mengatasi masalah kolon yang tersumbat.
Hal yang sedemikian sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan gangguan kepada sistem pembuangan air besar.
• Satu kefahaman tertua mengatakan bahawa hampir 90% daripada penyakit bermula di usus.
Ini bermaksud kita harus memastikan kondisi kolon kita dalam keadaan bersih dan tidak wujud najis-najis yang terlau lama dan tidak boleh dikeluarkan dalam keadaan normal.

D’Karm akan mengembang dan bertindak untuk menarik sisa bahan buangan yang masih terlekat pada dinding usus.
Pengguna akan merasa lancar dan lawas sekiranya D’Karm dijadikan amalan dan dalam keadaan sama ia boleh menghilangkan sakit sendi dan sakit pinggang.
Pengguna juga akan mendapati kadar kolesterol akan menurun kepada paras yang normal sekiranya mengamalkannya secara berterusan selama 6 bulan.
Ini secara langsung akan menurunkan tekanan darah ke paras yang normal.

Kesan bintik-bintik putih pada tapak tangan serta tangan yang dingin adalah tanda-tanda seseorang itu menghadapi masalah pencernaan dan sekiranya tidak diatasi akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan suhu dan angin dalam tubuh badan mereka yang mendorong kepada lemahnya imunisasi seseorang.
Pengguna D’Karm disarankan minum air sebanyak 2.5 liter (10 gelas) air setiap hari bagi memastikan kesan dapat dilihat dalam masa 7 hari.

Cara Pengunaan:
Bergantung kepada berat badan.
40 kg (1-2 kapsul).
40 kg ke atas (2 - 4 kapsul).
Pengambilan sebelum makan kecuali mereka yang menghadapi ulser dan gastrik, perlu ambil sesudah makan.

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan Sos HPA Tulisan Tn, Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA

Lebih kuat dari Herba Tuju Angin (HTA) 7 kali ganda.
Ia bersifat karminatif (penolak angin).
Menguatkan sistem kardiovaskular.
Pelawas yang bersifat alami.
Mengandungi Vitamin C untuk emosi yang stabil.
Bersifat pelawas yang ringan.
Menjaga kesihatan kulit.
Menguatkan pencernaan.
Menghilangkan dada yang berdebar debar.
Lemah tubuh badan.

Isi Kandungan: 60 ‘Bovine’ Kapsul

Kod Produk: KD02

Harga:
S.M: RM 55.00
S/S: RM 57.00
Comments: (0)


Produk ini dibuat daripada daun betik dan khasiatnya yang paling ketara ialah untuk penyakit-penyakit kardiovaskular.
Getah betik pada daun mengandungi bahan yang dikenali sebagai “papain” mengelakan berlakunya pengerasan di dinding arteri darah yang menyebabkan penyakit arteriskelorosis.
Getah betik digunakan untuk melembutkan daging dalam masakan benar-benar juga berfungsi.
Pesakit tertentu juga akan menerima kesan yang sangat baik dimana darah akan turun ke paras normal selepas pengambil herba ini.
Selain daripada itu banyak kajian menunjukan kewujudan “papain” sangat berguna terutama untuk batuk jika setitik getah betik dicampurkan dalam satu sudu madu lebah HPA. selamat mencuba.

Khasiat:
Mengatasi masalah lendir atau mukus dalam salur pernafasan.
Mengatasi masalah asma/lelah.

Kod Produk: ZH34

Harga:
S.M: RM 33.90
S/S: RM 35.90