Advertise Here

Muslim Herbs Product

- Another Blogger Blog's


Minuman Serai HPA dalam bentuk uncang telah dipasarkan dalam MLM HPA.
Setiap uncang mengandungi 2 gm serbuk serai kampung yang telah dirawat.
SERAI merupakan sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat seperti lalang dan suri rumah sering menanamnya di belakang rumah berhampiran dapur.
Batangnya yang berwarna putih keunguan atau kemerahan dengan daunnya tirus, melampai dan berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan.
Abu dari daun serai yang dibakar pula boleh dijadikan Ubat Senggugut. Caranya ambil satu sudu besar abu serai masukkan ke dalam segelas air panas dan dikacau hingga terlarut. Kemudian biarkan airnya menjadi hening dan minum sewaktu diserang kesakitan. InsyaAllah sembuh.
Kini orang ramai mempunyai alternatif untuk mendapatkan khasiat serai apabila HPA telah mengeluarkan dalam bentuk uncang teh, ia mudah disediakan di mana-mana sahaja dan mudah dibawa. Campuran teh serai ini dengan kapur makan juga boleh Menghilangkan Senggugut Dalam Tempoh Tidak Sampai 5 Minit.
Beberapa kaji selidik yang dijalankan mendapati sitral dari pati minyak serai boleh Membunuh Sel-Sel kanser dan juga Mengandungi Anti-Fungal dan Tidak Bertoksik serta berpotensi Merawat Masalah Intim Wanita atau “Oral And Vaginal Candidiasis”.
Uncang serai keluaran HPA ini dihasilkan daripada proses serai jenis makan atau serai kampung ini juga sangat baik untuk mereka yang menghadapi masalah selalu Kembung Perut dan bertindak sebagai Peluruh Kahak.
Minuman serai HPA mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikeluarkan oleh kilang HPA yang bertaraf GMP di Jejawi Perlis ini dirawat dengan Inovasi Bioteknologi untuk mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi.
Sebab itu rasa air minuman daripada uncang yang direndam dalam air panas selama beberapa minit itu enak kerana berjaya mengekalkan keaslian rasanya yang semulajadi.
Sekotak mengandungi 35 Uncang. Setiap uncang mengandungi 2.00 gm serai kampung atau nama botaninya Strobilanthus Crispus.

Isi Kandungan: 35 Uncang

Kod Produk: XH06

Harga:
S.M: RM 24.00
S/S: RM 26.00
Comments: (0)

Pengenalan:
Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare) bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis.
Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu.
Ia digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.

Kandungan Nutrisi Talbinah:
Talbinah mengandungi bahan-bahan seperti: B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang mensintesis kolesterol.
Mengandungi Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang berfungsi menurunkan kolesterol.
Menurunkan tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan.
Ia juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh, Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar.
Selain itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Khasiat Talbinah:
Oleh kerana Talbinah mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak faedahnya.
RasuluLLâh telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun kejiwaan, diantaranya ialah :

“Menenangkan Hati Pesakit”
Talbinah ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia sangat baik untuk menenangkan hati pesakit.
Talbinah juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit, iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an naqahah).
Dalam satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud: ‘Â'ishah رضي ﷲ عنه telah berkata “Adalah Nabi apabila diberitahu kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda Rasulullah “Hendaklah kamu menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad )
Di dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya: Adalah nabi apabila ahli rumahnya ditimpa sakit, baginda memerintah supaya dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).

“Membantu Menghilangkan Kesedihan dan Kemurungan (Depression)”
Terdapat satu hadis bahawa RasuluLLâh telah mengesyorkan penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah.
Diriwayatkan bahawa ‘Â'ishah رضي ﷲ عنه apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir: makanlah roti ini kerana saya mendengar RasuluLLâh bersabda, Maksudnya: “Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan” (riwayat Bukhari dan Muslim)”.
Dan Nabi bersabda tentang Talbinah ini, maksudnya:
“Sesungguhnya Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.
Diantara bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.

“Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman”
Talbinah dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta menghilangkan kesakitan. RasuluLLâh bersabda yang bermaksud :
“Hendaklah kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi nyawaku yang berada didalam kekuasaan ALLâh, sesungguhnya ia (Talbinah) pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al Zahabi )
RasuluLLâh telah menamakan Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap.

Talbinah Dapat Membantu Merawat Penyakit Pada Sistem Penghadaman Seperti:
Penyakit sembelit yang lama.
Mengawal dari kanser usus.
Mengawal dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak.
Vitamin-vitamin dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh).
Merawat kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.

“Membantu Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah”
Kolestrol bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan protein-protein lemak (Lipoproteins).
Peranan kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah dengan sendiri.
Kebiasaannya sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka kolesterol akan bertambah.
Lipoproteins terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke hati lalu dikitar semula.
Kajian-kajian yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar kolesterol jahat didalam darah manusia.

“Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Darah Tinggi”
Penyakit darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding saluran-saluran darah.
Talbinah dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi seimbangkan garam dan air dalam tubuh.
Selain itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh daripada lebihan bahan cecair.
“Talbinah Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah”
Talbinah kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut (Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.

“Mengawal Dari Penyakit Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)”
Oleh kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal penyakit kanser daripada merebak.

“Talbinah Dapat Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)”
Talbinah dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin, iaitu hormon yang menyebabkan tidur.
Bila pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang menghalang Insomnia.

“Talbinah Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh”
Talbinah memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh.
Zarah-zarah Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku pertembungan. • Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi menentang kuman-kuman yang merosakkan nya.
Zarah oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.
Jika ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut.
Kandungan vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut daripada berlaku.




Cara Penyediaan Talbinah:
Masukkan satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250 ml ), kemudian dikacau sehingga larut.
Biarkan seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.
Talbinah segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.
Untuk mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan makan malam.
Ia sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.

“Minuman Talbinah Edaran HPA”
Talbinah HPA (Fibroglucosamine) dirumus dengan formula Dr. Jamnul Azhar Mulkan mengandungi bahan-bahan seperti Gandum, Beras, Ekstrak Malt, Barli, Vitamin E, Madu, Kurma, Krimer Bukan Tenusu, Susu Tepung Skim Dan Gula.

Fakta - Fakta Nutrisi
Saiz Hidangan: 25GM

Amaun Satu Hidangan:
Tenaga - 97kcal/kcal
Jumlah Lemak - 0.5gm
Karbohidrat - 21.8 gm
Jumlah Gula - 0.7 gm
Protien - 1.4 gm

Amaun Setiap 100GM
Tenaga - 389kcal/kcal
Jumlah Lemak - 1.9 gm
Karbohidrat - 87.3 gm
Jumlah Gula - 2.7 gm
Protien - 5.7 gm

Kod Produk: MK84

Harga:
S.M: RM 35.00
S/S: RM 38.00
Comments: (0)

Produk ini terdapat dalam Set Bersalin HPA.
Penggunaan minyak barut adalah untuk mencegah kemasukan angin pada wanita selepas bersalin.
Sapu minyak barut pada perut dan ari-ari serta sendi-sendi yang lenguh seperti betis dan kaki.
Minyak ini amat sesuai digunakan sebagai minyak urut.

Kod Produk: QH17

Harga:
S.M: RM 15.50
S/S: RM 16.50
Comments: (0)

Produk ini terdapat dalam set Bersalin HPA.
Gunakan pada bayi untuk senak, kembung perut, sering menangis pada waktu malam.
Sapukan pada perut dan dada.

Kod Produk: QH16

Harga:
S.M: RM 15.50
S/S: RM 16.50
Comments: (0)


Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Kelebihan Minyak But-But Adalah Seperti Berikut:
“Untuk Patah Tulang”
Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain.
Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.

“Untuk Buasir”
Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar.
Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.

“Untuk Darah Tinggi Dan Lumpuh Atau Stroke”
Panaskan Sedikit minyak dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.

“Untuk Urut”
Minyak ini bersifat sejuk diluar dan panas didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.

“Sengatan Serangga”
Ambil kapas dan sapukan pada bahagaian yang luka.

“Luka Kecil-Kecil”
Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.

“Terkena Air Panas Dan Luka Terbakar”
Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.

“Cirit-Birit”
Minum satu sudu kecil bersama air suam.

“Kembung Perut”
Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar.
Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.

“Asma (Kanak-Kanak Kecil)”
Minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.

“Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam”
Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur.
Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.

“Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam”
Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.

“Lemah Tenaga Batin”
Lakukan urutan pada bahagian alat sulit pada setiap hari.

“Wanita Menopouse”
Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.

Kandungan Bahan:
Kaempferia Galanga - 1.5gm
Melaleuca Lecodendron - 2.0gm
Cocos Nucifera Oil - 50ml
Tinospora Crispa - 2.0gm

Isi Kandungan: 75 ml

Kod Produk: QH01

Harga:
S.M: RM 10.50
S/S: RM 13.00
Comments: (0)

Minyak ini dihasilkan dari ramuan herba terpilih yang diterokai dari khazanah hutan-hutan hujan tropika asia.
 Ia amat mujarab dan telah digunakan sejak turun-temurun.
 Minyak Herba yang mengandungi khasiat utama herba Patawali (Tinospora Crispa) ini amat baik digunakan sebagai penawar racun dan disyorkan sebagai persediaan untuk sesiapa sahaja bagi menghadapi kemungkinan yang tidak diduga.
 Ia sesuai dibawa oleh sesiapa sahaja yang terdedah kepada kemalangan, amat memerlikan minyak kerana ia selamat untuk kegunaal luaran atau dicampur dalm minuman.

Cara Penggunaan:
“Terkena Minyak Panas, Air Panas Dan Cuka Getah Yang Pekat”
Sapu keseluruhan kawasan yang terkena itu dan In-Sya'-ALLâh tidak melecur dan hilang kesakitan.

“Termakan Atau Terminum Bahan Beracun”
Campur 1 sudu minyak ini dengan secawan air suam dan minum.

“Terkena Gigitan Atau Sengatan Binatang Berbisa”
Minum seperti diatas, kemudian ambil kapas dan basahkan dengan minyak ini dan tekap pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu.
Ganti dengan yang baru setiap 2 minit. Ulang 7 kali.

“Gastrik”
Minum 1 sudu besar bersama air panas serta disinergikan bersama Herba Tuju Angin.

“Kudis, Panau, Kurap, Dan Gatal-Gatal”
Sapukan pada bahagian yang berkenaan.

“Luka @ Pendarahan”
Sapukan pada bahagian yang berkenaan.

Kandungan Bahan:
Cymbopogon Nardus - 125gm
Myristica Fragrans - 125gm
Euginia Aromatica - 125gm
Tinospora Crispa - 125gm
Melaleucia Leucodendron - 625mg
Aluerites Molucanna - 625mg
Kaempferia Galnga - 625mg
Litsea Kunstleri - 625mg

Isi Kandungan: 50 ml

Kod Produk: QH02

Harga:
S.M: RM 10.50
S/S: RM 13.00
Comments: (0)

Minyak kayu Putih dihasilkan dari hasil proses penyulingan daun dan ranting kayu putih.
Minyak ini digunakan untuk perawatan memanaskan tubuh, sakit-sakit otot dan mencegah perut kembung.

Kod Produk: QH23

Harga:
S.M: RM 18.50
S/S: RM 22.50
Comments: (0)

Minyak Pati Sepang ini menggunakan ramuan Kayu Sepang tanpa sebarang adunan bahan kimia moden.
Ia dirumus khas untuk perawatan kulit muka terutamanya bagi menghilangkan tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka.

Antara Keistimewaan Minyak Pati Sepang Ialah:
Menanggalkan dan membuang sel-sel kulit yang telah mati pada lapisan kulit agar tidak terkumpul.
Mengelakkan terjadinya jerawat akibat daripada penebalan kulit dan penyumbatan liang-liang kulit.
Membersihkan kulit secara mendalam hingga ke liang kulit.
Sinergikan bersama Bedak Awana atau Tompok Hitam atau Jasmin sebagai butiran kasar yang dicampur untuk tujuan scrub.
Menghaluskan permukaan kulit.
Merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan masih segar.

Cara Penggunaan:
Campurkan Minyak Pati Sepang dengan Bedak Awana menjadi ‘Cleanser’, oleskan ke bahagian muka dan biarkan selama 2 jam.
Bersihkan dengan menggunakan kapas kecantikan atau sabun khusus untuk wajah.
Lakukan setiap malam menjelang tidur, dalam seminggu, In-Sya'-ALLâh wajah anda menjadi putih, bersih, kencang dan berseri.
Untuk memperolehi hasil yang lebih cepat, ambil Paramaria Plus, pagi 2 kapsul malam 2 kapsul.


Kandungan Bahan:
 Kayu Sepang.

Isi Kandungan: 75 ml

Kod Produk: QH04

Harga:
S.M: RM 10.50
S/S: RM 13.00