Pengenalan:
✐ Talbinah
ialah sejenis minuman yang dibuat daripada biji Syaeer (Hordeum Valgare)
bersama kulitnya, ia dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan
rasa manis.
✐ Minuman
ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu.
✐ Ia
digunakan sebagai pemakanan tambahan dan juga sebagai rawatan alternatif
pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar dirawati melalui kaedah moden.
Kandungan Nutrisi
Talbinah:
✐ Talbinah
mengandungi bahan-bahan seperti: B Glucane yang berfungsi menurunkan kadar
kolesterol dalam darah, Vitamin E yang boleh melemahkan enzim-enzim yang
mensintesis kolesterol.
✐ Mengandungi
Potasium yang berfungsi menurunkan tekanan darah, mengandungi Melatonin yang
berfungsi menurunkan kolesterol.
✐ Menurunkan
tekanan darah, mengubati Parkinson, meningkatkan ketahanan tubuh, mengubati
gangguan tidur, mengubati kanser dan mengubati kemurungan.
✐ Ia
juga mengandungi Lysine yang berfungsi membangun kesihatan tubuh,
Mineral-mineral yang berfungsi membangunkan kesihatan tubuh, mencergaskan
sistem ketahanan tubuh dan mengawal pengeluaran hormon dari kelenjar-kelenjar.
✐ Selain
itu ia juga mengandungi serat (fiber), vitamin-vitamin A,C ,D,E dan B Complex
serta bahan-bahan lain yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Khasiat
Talbinah:
✐ Oleh kerana Talbinah
mengandungi bahan-bahan yang sangat baik untuk kesihatan dan sangat banyak
faedahnya.
✐ RasuluLLâh ﷺ telah mengesyorkan penggunaan Talbinah untuk
mengatasi pelbagai jenis penyakit, samada berkaitan dengan fizikal mahupun
kejiwaan, diantaranya ialah :
“Menenangkan Hati
Pesakit”
✐ Talbinah
ialah minuman yang berkhasiat, sifatnya yang lembut dan mudah dihadam. Ia
sangat baik untuk menenangkan hati pesakit.
✐ Talbinah
juga sangat baik untuk diminum oleh pesakit yang baru sembuh dari penyakit,
iaitu ketika pesakit masih berada dalam keadaan diantara sakit dan sembuh (an
naqahah).
✐ Dalam
satu riwayat dari Imam Ahmad yang bermaksud: ‘Â'ishah رضي ﷲ عنه telah berkata “Adalah
Nabi ﷺ apabila diberitahu
kepadanya bahawa seseorang telah sakit dan tidak memakan makanan, lalu bersabda
Rasulullah ﷺ “Hendaklah kamu
menyediakan Talbinah dan berilah minum Talbinah itu kepadanya (Diriwayatkan
oleh Imam Ahmad )
✐ Di
dalam satu hadis riwayat Tarmizi katanya: Adalah nabi ﷺ apabila ahli rumahnya ditimpa sakit,
baginda ﷺ memerintah supaya
dibawa minuman dari Syaeer lalu dibuat untuk mereka (riwayat Tarmizi dan beliau
berkata hadis ini adalah Hasan lagi Soheh).
“Membantu Menghilangkan
Kesedihan dan Kemurungan (Depression)”
✐ Terdapat
satu hadis bahawa RasuluLLâh ﷺ telah mengesyorkan
penggunaan Talbinah bagi mereka yang ditimpa musibah.
✐ Diriwayatkan
bahawa ‘Â'ishah رضي ﷲ عنه apabila berlaku kematian dikalangan ahli keluarganya, ia
meminta supaya dibawa Talbinah lalu dimasak, kemudian disediakan roti dari
Syaeer (tharid) lalu dituangkan Talbinah ke atas tharid tersebut, lalu ia
berkata kepada perempuan-perempuan yang hadir: makanlah roti ini kerana saya
mendengar RasuluLLâh ﷺ bersabda, Maksudnya:
“Talbinah dapat menenangkan hati pesakit, ia dapat meringankan kesedihan”
(riwayat Bukhari dan Muslim)”.
✐ Dan
Nabi ﷺ bersabda tentang
Talbinah ini, maksudnya:
“Sesungguhnya
Talbinah dapat menguatkan hati orang yang ditimpa kesedihan dan membersihkan
hati pesakit, sebagaimana seorang kamu membersihkan kotoran dari mukanya”.
✐ Diantara
bahan yang dapat melawan penyakit kemurungan (depression) yang terdapat didalam
Talbinah adalah seperti Asid Amino, Minerals, Vitamin B dan Anti Oksidan.
“Merawat Penyakit Pada
Sistem Penghadaman”
✐ Talbinah
dapat menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya untuk menghadam serta
menghilangkan kesakitan. RasuluLLâh ﷺ bersabda yang bermaksud
:
“Hendaklah
kamu menggunakan suatu yang tidak disukai tetapi berfaedah iaitu Talbinah, Demi
nyawaku yang berada didalam kekuasaan ALLâh, sesungguhnya ia (Talbinah)
pasti menyucikan perut seorang kamu sebagaimana dia menyucikan kotoran dari
mukanya” (riwayat Ibn Majah dan disahihkan oleh Hakim dan disepakati oleh Al
Zahabi )
✐ RasuluLLâh telah menamakan
Talbinah dalam hadis di atas dengan suatu yang tidak disukai kerana kebanyakan
orang tidak suka memakannya kerana rasanya yang tidak sedap.
Talbinah Dapat Membantu Merawat
Penyakit Pada Sistem Penghadaman Seperti:
✐ Penyakit
sembelit yang lama.
✐ Mengawal
dari kanser usus.
✐ Mengawal
dari penyakit Celiac Disease (iaitu penyakit yang menghalang fungsi
saluran-saluran kecil di dalam perut daripada menyerap lemak-lemak.
✐ Vitamin-vitamin
dan zat-zat yang diperlukan oleh tubuh).
✐ Merawat
kegemukan serta merawat penyakit-penyakit merbahaya yang lahir dari kegemukan.
“Membantu Mengurangkan
Kolesterol Dalam Darah”
✐ Kolestrol
bergerak dalam darah melalui sistem pengangkutan tubuh yang dinamakan
protein-protein lemak (Lipoproteins).
✐ Peranan
kolesterol yang paling penting ialah mengangkut lemak di dalam saluran darah ke
semua destinasi tubuh, kerana lemak tidak boleh beredar dalam saluran darah
dengan sendiri.
✐ Kebiasaannya
sistem pengangkutan ini berjalan lancar tetapi apabila terlalu banyak lemak
dimakan, badan memerlukan lebih banyak kolesterol untuk mengerakkannya, maka
kolesterol akan bertambah.
✐ Lipoproteins
terbahagi kepada dua jenis, iaitu LDL yang dikenali dengan kolesterol jahat
kerana serpihannya senang melekat pada dinding saluran darah dan HDL yang
dikenali sebagai kolesterol baik dimana ia berfungsi mencari dan menyelamatkan
serpihan LDL yang terlekat pada dinding saluran darah dan membawanya balik ke
hati lalu dikitar semula.
✐ Kajian-kajian
yang dibuat menunjukkan bahawa Talbinah sangat berperanan mengurangkan kadar
kolesterol jahat didalam darah manusia.
“Talbinah Dapat
Mengatasi Penyakit Darah Tinggi”
✐ Penyakit
darah tinggi ialah keadaan dimana tekanan darah berlaku ke atas dinding
saluran-saluran darah.
✐ Talbinah
dapat mengatasi penyakit tersebut kerana ia kaya dengan Potasium yang berfungsi
seimbangkan garam dan air dalam tubuh.
✐ Selain
itu Talbinah berfungsi melancarkan air kencing yang dapat membebaskan tubuh
daripada lebihan bahan cecair.
“Talbinah
Dapat Menurunkan Kadar Gula Dalam Darah”
✐ Talbinah
kaya dengan serat (fiber) yang boleh larut dan fiber yang tidak boleh larut
(Soluble Fibers & Insoluble) yang diperlukan oleh tubuh. Fiber-fiber
tersebut mengawal kadar gula dan lemak dalam darah.
“Mengawal Dari Penyakit
Kanser Dan Melambatkan Penuaan (Awet Muda)”
✐ Oleh
kerana Talbinah kaya dengan serat (fiber), antioksidan dan vitamin, maka ia
boleh mengatasi masalah pergerakan oksigen yang bergerak secara bersendirian
didalam tubuh yang boleh menjadi punca penyakit-penyakit kanser.
✐ Kajian
yang dibuat oleh sekumpulan doktor dari Universiti Waskingson di Amerika
membuktikan bahawa Talbinah boleh mengatasi penyakit kanser tersebut. Selain
itu kandungan vitamin A yang kaya dalam Talbinah juga membantu mengawal
penyakit kanser daripada merebak.
“Talbinah Dapat
Mengatasi Penyakit Kesukaran Tidur (Insomnia)”
✐ Talbinah
dapat membantu mengatasi penyakit kesukaran tidur kerana ia mengandungi hormon Prostaglofin,
iaitu hormon yang menyebabkan tidur.
✐ Bila
pengeluaran hormon ini berlaku secara semulajadi dalam tubuh, maka masalah
kesukaran tidur tidak akan terjadi. Makanan berkhasiat seperti Talbinah baik
untuk membantu mengaktifkan pengeluaran hormon Prostaglofin tersebut yang
menghalang Insomnia.
“Talbinah Menguatkan
Sistem Ketahanan Tubuh”
✐ Talbinah
memainkan peranan penting untuk mengatasi masalah pertembungan oksigen yang
bergerak secara berasingan dalam tubuh dengan lemak-lemak yang tidak boleh di
cerna pada dinding sel yang menyebabkan kerosakan sel-sel tubuh.
✐ Zarah-zarah
Oksigen biasanya akan berpasangan dan apabila ia berasingan ia akan bergerak
secara tidak menentu untuk mengejar pasangannya yang menyebabkan berlaku
pertembungan. • Bahan anti-oksidan yang terdapat dalam Talbinah akan
mengaktifkan sistem ketahanan tubuh untuk mengawal dinding-dinding sel bagi
menentang kuman-kuman yang merosakkan nya.
✐ Zarah
oksigen yang berasingan tersebut jika ia berkumpul pada dinding saluran darah
ia boleh menyempitkan saluran darah dan jika ia berkumpul pada kulit ia boleh
menyebabkan berlaku penuaan yang cepat dan mewujudkan kedutan pada kulit.
✐ Jika
ia berkumpul di bahagian otak ia boleh melemahkan daya ingatan dan
berkemungkinan akan menghilangkan daya ingatan tersebut.
✐ Kandungan
vitamin A dan E yang banyak di dalam Talbinah dapat mengatasi masalah tersebut
daripada berlaku.
Cara Penyediaan
Talbinah:
✐ Masukkan
satu pek Talbinah segera ke dalam secawan air panas yang telah mendidih ( 250
ml ), kemudian dikacau sehingga larut.
✐ Biarkan
seketika supaya ia suam sebelum ianya diminum.
✐ Talbinah
segera juga sesuai dicampur ke dalam masakan seperti sup ayam/daging dan juga
pelbagai masakan lain untuk menambahkan lagi khasiat pemakanan anda seharian.
✐ Untuk
mendapat kesan maksima Talbinah, disyorkan agar pengambilannya adalah sebanyak
dua kali sehari, sewaktu perut anda masih kosong iaitu sebelum makan pagi dan
makan malam.
✐ Ia
sesuai sebagai hidangan untuk seisi keluarga samada dewasa mahupun kanak-kanak.
“Minuman Talbinah Edaran
HPA”
✐ Talbinah
HPA (Fibroglucosamine) dirumus dengan formula Dr. Jamnul Azhar Mulkan
mengandungi bahan-bahan seperti Gandum, Beras, Ekstrak Malt, Barli, Vitamin E,
Madu, Kurma, Krimer Bukan Tenusu, Susu Tepung Skim Dan Gula.
Fakta - Fakta Nutrisi
✐ Saiz
Hidangan: 25GM
Amaun Satu Hidangan:
✐ Tenaga
- 97kcal/kcal
✐ Jumlah
Lemak - 0.5gm
✐ Karbohidrat
- 21.8 gm
✐ Jumlah
Gula - 0.7 gm
✐ Protien
- 1.4 gm
Amaun Setiap 100GM
✐ Tenaga
- 389kcal/kcal
✐ Jumlah
Lemak - 1.9 gm
✐ Karbohidrat
- 87.3 gm
✐ Jumlah
Gula - 2.7 gm
✐ Protien
- 5.7 gm
Kod Produk: MK84
Harga:
S.M: RM 35.00
S/S: RM 38.00
0 comments:
Post a Comment