✐ Pokok
kabung, sejenis pokok palma berasal dari Indonesia yang dikenali juga sebagai
pokok Enau atau nama botaninya ‘Arenga Pinnata‘, mungkin agak pelik berbanding
dengan pokok daripada spesies palma yang lain.
✐ Pokok
daripada keluarga Arecaceae ini pelik kerana semakin ia meninggi dan matang,
tandan bunga dan buahnya pula tumbuh kian merendah di bahagian bawah batangnya
hingga hampir mencecah tanah.
✐ Malah
dikatakan bahawa apabila tandan yang tumbuh di batang itu sudah hampir ke tanah
itu menandakan bahawa pokok kabung berkenaan sudah tua dan akan mati.
✐ Ini
berbeza dengan pokok daripada spesies palma yang lain seperti pokok kelapa dan
rumbia kerana tandan bunga dan buahnya akan tumbuh meninggi mengikut kematangan
dan ketinggian pokok berkenaan.
✐ Pokok
kabung, yang mengeluarkan nira yang boleh diminum begitu saja atau di proses
menjadi gula merah dikatakan hanya akan mengeluarkan nira daripada tandan yang
terbaik.
✐ Tidak
semua tandan pokok kabung mengeluarkan nira kerana hanya tandan bunga jantan
sahaja yang boleh mengeluarkan niranya.
✐ Tandan
bunga betina pula tidak akan mengeluarkan nira seperti tandan bunga jantan.
Kerja
mengeluarkan nira yang digunakan pemungut nira di Ladang Sungai Balung, iaitu
dengan mengetuk batang tandan bunga jantan itu secara berhati-hati.
✐ Sebelum
batang tandan bunga jantan dicantas, batang tandan berkenaan perlu dibersihkan
daripada sebarang sisa kelopaknya.
✐ Selepas
itu,batang tandan akan diketuk-ketuk ke arah atas dua kali dan arah ke bawah
dua kali.Tujuan mengetuk berkenaan ialah bagi melonggarkan rongga-rongga
saluran aliran air nira dalam batang tandan berkenaan.
✐ Ketukan
pula dibuat secara berhati-hati supaya tidak mencederakan batang tandan
berkenaan. Jika ketukan terlalu kuat dan batang tandan tercedera, nira tidak
akan keluar.
Dua Kali Sehari
✐ Nira
biasanya dikutip dua kali sehari dan ada antara pokok kabung berkenaan boleh
mengeluarkan sehingga 10 liter nira sehari.
✐ Nira
yang siap dikutip kemudian dihantar ke kilang pemprosesan yang terletak dalam
ladang berkenaan untuk diproses menjadi sirap nira kabung (Aren Syrup).
✐ Sirap
nira kabung atau gula kabung suatu hari nanti akan menjadi satu daripada sumber
gula utama di negara ini.
✐ Gula
kabung boleh menggantikan gula biasa dan lebih penting daripada itu ia tidak
mengandungi glukosa dan baik untuk kesihatan khususnya bagi pengidap kencing
manis.
✐ Sirap
nira kabung boleh dijadikan bahan masakan dalam kuih-muih tradisional, makanan
dan minuman.
✐ Antara
makanan yang popular dengan campuran gula atau nira kabung ialah bubur kacang,
kuih koci, kuih kelepong, dodol, wajik, agar-agar, kuih sepang, air batu campur
dan cendol.
✐ Sirap
nira kabung juga boleh digunakan sebagai pemanis dalam pembuatan kek serta
pastri, makanan bijirin dan jus buah-buahan.
Kod Produk: FH67
Isi Kandungan: 250ml
Harga:
S.M: RM 30.00
S/S: RM 32.00
1 comments:
Why Play Baccarat? - FaBCasino
Baccarat is a popular table game that was invented by gambling and then moved into 바카라 사이트 casinopan the online casino industry in 2019. It's now available
Post a Comment